142 rumah diperiksa pada Aidilfitri - Utusan Malaysia

142 rumah diperiksa pada Aidilfitri

ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan dan memberi nasihat kepada penduduk di sebuah taman perumahan supaya mematuhi SOP ketika menyambut Aidilfitri di Kulim, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebanyak 142 rumah di daerah ini diperiksa oleh polis bagi memastikan orang awam mematuhi larangan aktiviti ziarah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim,Superintenden Azhar Hashim berkata, pemeriksaan tersebut melibatkan kawasan taman perumahan dan kampung di bawah pentadbiran  Balai Polis Lunas, Balai Polis Kulim Hitech dan Balai Polis Kulim.

Menurutnya, pemeriksaan itu dilakukan dalam memastikan orang awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berhubung larangan aktiviti aktiviti ziarah pada sambutan Aidilfitri.

“Kita dapati penghuni rumah yang kita lawati tiada aktiviti ziarah dan mematuhi SOP lain yang ditetapkan,” katanya dii sini hari ini.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

Azhar memberitahu, kebanyakan penghuni rumah didapati mematuhi arahan tiada aktiviti ziarah pada hari raya itu

“Polis yang melakukan pemeriksaan tersebut juga menasihati penghuni rumah yang dilawati agar sentiasa mematuhi SOP ketika menyambut Aidilfitri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah, setakat hari ini tiada sebarang kompaun yang  dikeluarkan terhadap kesalahan pelanggaran SOP berkaitan aktiviti ziarah sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, polis selepas ini akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah sepanjang tempoh PKP 3.0 sehingga 7 Jun depan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN