120,965 selesai divaksin di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

120,965 selesai divaksin di Pulau Pinang

JAGDEEP Singh Deo (tengah) dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan mengejut di Pasar Awam Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 120,965 penduduk di negeri ini telah menerima suntikan vaksin untuk kedua-dua dos bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 sehingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 681,266 orang yang telah berdaftar untuk menerima vaksin.

“Kita berharap lebih banyak bekalan vaksin sampai ke Pulau Pinang bagi memudahkan proses pemberian vaksin ini dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di tapak Pasar Awam Bagan Ajam, di sini hari ini.

Terdahulu, pasar awam berkenaan telah ditutup sejak 12 Mei lalu bagi membendung penularan Covid-19 selepas beberapa peniaga di situ disahkan positif.

Bagaimanapun, bermula kelmarin hingga hari ini, hanya 64 daripada keseluruhan 282 peniaga di situ tidak dibenarkan beroperasi kembali kerana tidak terlibat dengan penjualan barangan makanan dan daging khinzir.

Ketika ini, seramai 38 daripada 64 peniaga itu turut disenaraikan oleh KKM untuk menjalani ujian calitan Covid-19, namun, hanya 21 daripada mereka telah selesai melakukan ujian berkenaan.

Dalam pada itu, kata Jagdeep, kerajaan negeri menyambut baik saranan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mewujudkan ‘Field ICU’ yang dikhususkan bagi merawat pesakit kritikal di Hospital Kepala Batas (HKB).

“Ini satu langkah terbaik untuk menangani situasi Covid-19 yang dilihat semakin serius ketika ini,” katanya.

Semalam, Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menyarankan supaya Field ICU diwujudkan susulan peningkatan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 di hospital-hospital di negeri ini yang kini telah melebihi 100 peratus penggunaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya