11 'mat motor' berarak bendera Palestin ditahan - Utusan Malaysia

11 ‘mat motor’ berarak bendera Palestin ditahan

TANGKAP layar rakaman video tular kumpulan tersebut yang berarak secara berbahaya sambil membawa bendera Palestin dalam kejadian malam tadi di Jalan Telok Mas, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis menahan 11 individu susulan video tular kumpulan itu yang berarak menunggang motosikal sambil membawa bendera Palestin secara berbahaya di Jalan Telok Mas di sini, malam tadi.  

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua mereka ditahan selepas diminta hadir ke Balai Polis Kandang untuk memberi keterangan pada pukul 8 malam. 

Katanya, kesemua lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 30 tahun. 

“Pihak polis telah menahan kesemua 11 individu terbabit selepas menerima laporan penularan dua klip video berdurasi 23 saat dan 30 saat pada malam tadi. 

“Video tersebut memaparkan mereka berarak dengan menunggang motosikal sambil membawa bendera Palestin dalam keadaan membahayakan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, lapan daripada mereka kini direman selama dua hari bermula hari ini, manakala tiga yang lain dibebaskan dengan jaminan polis. 

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang atau memandu kenderaan dalam keadaan melulu dan berbahaya.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 10 (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021) iaitu tiada seorang pun dengan apa-apa cara boleh menyertai atau terlibat dalam apa-apa perarakan,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN