Terengganu larang berbuka puasa di kawasan lapang, pantai - Utusan Malaysia

Terengganu larang berbuka puasa di kawasan lapang, pantai

ALIAS RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang termasuk di padang sekitar jambatan angkat atau drawbridge di sini pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu hari ini bagi mengawal penularan Covid-19.

“Aktiviti itu tidak dibenarkan kerana kes Covid-19 masih tinggi di samping wujud kluster baharu akibat pergerakan rentas negeri dan kurang pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Aktiviti berbuka puasa di sekitar padang drawbridge dan Pantai Batu Buruk merupakan tradisi umat Islam di negeri ini setiap kali Ramadan.

Saban tahun, ratusan orang memenuhi kawasan berkenaan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan selepas membeli juadah di bazar-bazar Ramadan berdekatan.

Terdahulu, Pahang turut melarang aktiviti sama yang lazimnya dilakukan di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 berhadapan Masjid Sultan Ahmad itu sepanjang Ramadan kali ini, ekoran pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya