Sumbangan RM330,000 untuk 66 buah masjid di Baling - Utusan Malaysia

Sumbangan RM330,000 untuk 66 buah masjid di Baling

ABDUL Azeez Abdul Rahim (tiga dari kanan) serta imam-imam masjid mengaminkan bacaan doa ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan di Masjid Ridzuaniah, Pekan Baling, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING : Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Baling memperuntukkan sebanyak RM330,000 untuk diagihkan kepada masjid bagi mengimarahnya sempena sambutan bulan Ramadan ini.

Ahli Parlimen Baling , Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata, sebanyak 66 buah masjid dalam Parlimen ini akan menerima RM5,000 setiap masjid termasuk air zamzam, sejadah, buah kurma dan kain pasang untuk anak kariah buat jubah.

Ahli Parlimen, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata, sumbangan tersebut adalah kegunaan jemaah-jemaah masjid yang datang untuk berbuka puasa, moreh dan pelbagai aktiviti lain di sepanjang bulan puasa.

“Tahun ini kita mulakan balik pemberian sumbangan ini dan ini adalah peruntukan daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk diagihkan kepada masjid-masjid yang ada untuk kegunaan anak-anak kariah di sepanjang bulan Ramadan ini.

“Disebabkan Ramadan tahun lalu negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada peruntukkan disediakan untuk sumbangan Ihya Ramadan masjid,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan di Masjid Ridzuaniah, Pekan Baling, hari ini.

Menurutnya, sumbangan untuk 200 surau juga akan diberikan dan keutamaan kepada surau yang terletak di kawasan pedalaman serta yang aktif bagi menjamin keselamatan mereka yang berulang-alik ke masjid yang jauh dari kawasan rumah atau kampung mereka.

Seramai 6,000 peduduk di sini juga akan dapat sumbangan barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak dan sebagainya termasuk sedikit wang untuk mereka bayar fitrah, beli daging dan lain-lain.

“Pemberian kepada golongan ini akan dimulakan selepas puasa ke 15 bagi membantu mereka untuk menyediakan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.”

“Ia akan disalurkan melalui masjis-masjid bagi mengelakkan penerima berkumpul terlalu ramai ketika mengambil sumbangan.”

“Saya mohon jawatankuasa masjid dan surau sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan pada sepanjang Ramadan bagi mengelakkan berlaku penularan wabak Covid-19,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya