Sarawak dipertimbang guna CanSino - Utusan Malaysia

Sarawak dipertimbang guna CanSino

Setiausaha Agung Kehormat PBSMM, Hakim Hamzah menyerahkan memorandum persefahaman (MOU) di antara PBSMM dan Pfizer Malaysia bagi meningkatkan sokongan psikososial ketika pandemik Covid-19 kepada wakil Pfizer Malaysia, Zuriayah Sham Zainal Abidin (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Pengerusi Kebangsaan PBSMM, Tan Sri Dr. Tunku Putri Safinaz Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua dari kiri) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (kiri) dalam Majlis Menandatangani MOU antara dua badan tersebut yang berlansung di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Jalan Wisma Putra di sini, hari ini. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Permintaan kerajaan negeri Sarawak menggunakan vaksin CanSino sedang dipertimbangkan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan suntikan vaksin itu dilakukan kawasan pedalaman.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, hal ini kerana vaksin itu dilihat lebih efektif di kawasan pedalaman kerana suntikan hanya melibatkan satu dos sahaja.

“Vaksin paling ketara untuk digunakan adalah Pfizer, tetapi CanSino adalah lebih baik khususnya di negeri pedalaman kerana ia melibatkan satu dos dan ia lebih efektif bagi mereka yang sukar mendapatkan dos kedua.

“Kita pertimbangkan cadangan gunakan Cansino dan ia adalah amat dialu-alukan, kita akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk dapatkan vaksin ini dan satu lagi Pfizer,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pfizer di Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memohon dibekalkan lebih 600,000 vaksin jenis CanSino dari China bagi mempercepatkan program vaksinasi di negeri itu.

Dalam pada itu, Dr. Adham memaklumkan, permohonan kerajaan negeri Sarawak untuk mendapatkan bekalan vaksin juga dipertimbangkan ekoran peningkatan kes virus sejak kebelakangan ini.

“Timbalan Ketua Menteri Sarawak telah mengadakan pertemuan bersama pasukan khas Covid-19 susulan peningkatan kes virus di negeri itu.

“Ada beberapa kawasan yang masih didapati jangkitan meluas dan juga perlu dikawal sepenuhnya.

“Untuk permohonan kerajaan negeri Sarawak untuk dapatkan vaksin diberikan kepada penduduk Sarawak adalah satu yang perlu dipertimbangkan,” katanya.

Sarawak mencatatkan 489 kes positif baharu pada Rabu manakala 607 kes direkodkan pada Selasa.

Ia sekali gus menjadikan kes harian di Sarawak antara yang tertinggi di Malaysia.

Untuk rekod, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Sarawak kini sebanyak 21,448 kes dengan 133 kes kematian dilaporkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya