RM8.70 sekilogram harga paling mahal pernah dijual - Utusan Malaysia

RM8.70 sekilogram harga paling mahal pernah dijual

SEORANG pekerja di kedai ayam Salmiah Abd. Rashid, Wan Rubiah Wan Sulaiman memotong ayam dibeli pelanggan di Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sepanjang 10 tahun Salmiah Abd. Rashid, 53, mengusahakan perniagaan ayam di Pasar Besar Kuala Berang di sini, harga paling mahal yang pernah dikenakan kepada pelanggan adalah sebanyak RM8.70 sekilogram.

Menurut Salmiah, walaupun segelintir peniaga memilih menaikkan harga ayam standard sehingga RM10 sekilogram, tetapi dia kekal menggunakan kadar RM8.70 sejak dari 13 April lalu hingga kini.

“Malah, harga yang sama turut digunakan semasa beberapa hari menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.

“Bagi saya harga RM7.90 sekilogram bermula esok boleh dipatuhi, tetapi pembekal juga perlu memainkan peranan menurunkan harga kalau tidak kami peniaga yang bertambah ‘sakit’,” katanya ketika ditemui hari ini.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa dikuatkuasakan bermula esok hingga 20 Mei depan sebagai langkah menyekat kenaikan harga barangan keperluan pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri, 13 Mei ini.

Antara yang terlibat ialah ayam standard sebanyak RM7.90 sekilogram manakala daging lembu tempatan RM34 sekilogram.

Menurut Salmiah, tindakan peniaga menaikkan harga barangan basah itu bukan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya bagi menampung kos mahal yang dikenakan pembekal.

Katanya, harga ayam standard paling rendah pernah dijualnya ialah RM3.70 sekilogram semasa peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu berikutan bekalan yang banyak.

“Sebagai peniaga saya terpaksa juga menaikkan harga jualan namun pada kadar yang masih tidak membebankan pengguna,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.