RM4.1 bilion: JPJ eBid penyumbang terbesar pendapatan JPJ - Utusan Malaysia

RM4.1 bilion: JPJ eBid penyumbang terbesar pendapatan JPJ

ZAILANI Hashim (dua dari kiri) selepas menandatangani plak perasmian JPJ Cawangan Kuala Pilah, Kuala Pilah, hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pendapatan RM4.1 bilion tahun lalu hasil kutipan bidaan melalui JPJ eBid dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, pihaknya tahun ini menyasarkan kutipan hasil melebihi jumlah tersebut apatah lagi melihat kutipan hasil menerusi JPJ eBid setakat Mac lalu hampir mencecah RM59.3 juta.

“Saya tidak pelik jika JPJ boleh mencecah pendapatan kepada RM4.4 bilion. Kalau boleh, saya kongsi, satu siri nombor pendaftaran kenderaan bertukar dalam tempoh dua minggu untuk negeri Selangor.

“Kutipan hasil JPJ ebid dari Januari hingga Mac 2021 sudah mencecah RM59.3 juta berbanding tahun tempoh yang sama pada tahun 2021 hanya RM40juta lebih,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat JPJ Cawangan Kuala Pilah di sini hari ini.

Sementara itu, tambah beliau menerusi JPJeBid, aspek pendigitalan yang diterapkan termasuk membida nombor pendaftaran kenderaan.

Katanya, JPJeBid menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

“Sekarang, untuk membida hanya perlu masuk laman web sahaja dan boleh bida mana-mana nombor yang berkenan di hati, di mana-mana sahaja.

“JPJ eBid ialah penyumbang terbesar sehingga kini selain daripada yang asas kita iaitu lesen memandu dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, jelas Zailani, JPJ Cawangan Kuala Pilah merupakan salah satu pejabat yang memberikan perkhidmatan yang amat besar dalam menyumbang hasil di negeri ini.

“Berdasarkan pungutan hasil jumlah pelanggan dan transaksi yang direkodkan melalui perkhidmatan kaunter, JPJ Cawangan Kuala Pilah memperlihatkan peningkatan hasil dari tahun ke tahun.

“Transformasi ini bertujuan untuk memastikan pengoperasian JPJ lebih fokus terutama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di daerah ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya