Risda peruntuk RM2j bina depo pengumpulan hasil getah - Utusan Malaysia

Risda peruntuk RM2j bina depo pengumpulan hasil getah

MOHD. Salim Mohd. Sharif (dua, kiri) menimbang getah sekerap di depo pengumpulan getah dalam Program Pekebun Kecil Makmur dan Pelancaran Gerakan Semburan Penyakit Pestalotiopsis di Kampung Lonek, Jempol, hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan sebanyak RM2.54 juta bagi membina depo pengumpulan hasil getah di seluruh negara.

Pengerusi Risda, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, menjelang akhir tahun ini, kesemua depo berkenaan akan siap dibina membabitkan 33 depo sekerap dan 27 depo susu getah.

“Pada tahun lalu, Risda membelanjakan sebanyak RM1.39 juta bagi membina 49 depo membabitkan 14 sekerap dan 35 susu getah termasuk menambah baik depo sedia ada.

“Pembinaan depo ini dilaksanakan di seluruh negara melibatkan sebanyak 60 unit dengan nilai bantuan sebanyak RM2.54 juta dengan sasaran pekebun kecil seramai 11,446 orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur dan Pelancaran Gerakan Semburan Penyakit Pestalotiopsis di Kampung Lonek, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli, Timbalan Ketua Pengarah Risda, Ali Sabuddin Abd. Samad dan Pengarah Risda negeri, Abd. Rahim Hashim.

Menurut Mohd. Salim lagi, di Negeri Sembilan, Risda bakal membina sebanyak tiga unit depo sekerap dan tiga unit depo susu getah (lateks) yang memberi manfaat kepada seramai 1,410 orang pekebun kecil dan penoreh yang berada di kawasan sekitarnya.

“Setiap depo dibina berdasarkan permintaan pekebun kecil mengambil kira pelbagai faktor seperti akses pengangkutan dan lokasi,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Salim yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, Risda sudah memulakan semburan bagi mengatasi penyakit luruhan daun atau Pestalotiopsis di seluruh negara.

“Kami melihat penyakit tersebut memberi kesan kepada 15,282 hektar kebun getah membabitkan 8,043 pekebun kecil.

“Risda menyalurkan peruntukan berjumlah RM15.74 juta bagi mengatasi penyakit berkenaan dalam bentuk semburan racun kulat,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya