Rakyat dipastikan dapat akses perkhidmatan kesihatan terbaik - PM - Utusan Malaysia

Rakyat dipastikan dapat akses perkhidmatan kesihatan terbaik – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited memastikan seluruh rakyat Malaysia dan kumpulan bukan warganegara yang menetap di negara ini mendapat akses perkhidmatan kesihatan terbaik supaya dapat meneruskan kehidupan sempurna.

Menurut Perdana Menteri, setiap individu perlu bersama-sama menjaga kesihatan diri dan berusaha mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan atau diet seimbang serta melakukan aktiviti riadah dengan lebih kerap.

Sempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April setiap tahun, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan kesihatan atas usaha dan kerja keras tanpa jemu memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19.

“Hari ini merupakan Hari Kesihatan Sedunia, menandakan sambutan ulang tahun penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang ditubuhkan secara rasmi pada 7 April 1948.

“Pada tahun ini, sekali lagi Hari Kesihatan Sedunia disambut dalam suasana pandemik Covid-19 yang masih lagi melanda bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin berkata, sehingga awal bulan ini, lebih 130 juta orang di seluruh dunia dijangkiti virus Covid-19 dan mencatatkan lebih 2.85 juta kematian.

Kata beliau, di Malaysia pula, sebanyak 353,329 kes jangkitan wabak itu direkodkan sehingga semalam dengan 1,300 kes kematian.

“Walaupun jangkitan Covid-19 di Malaysia mula menunjukan trend penurunan, situasinya masih belum stabil.

“Kita telah bersama-sama berdepan dengan ancaman wabak Covid-19, dan harapan saya agar kita akan terus bersama mengharungi fasa pemulihan akibat wabak ini dan memulihkan semula ekonomi negara,” katanya.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya