Penternak ayam ladang kontrak turut terkesan - Utusan Malaysia

Penternak ayam ladang kontrak turut terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Isu kenaikan harga ayam di pasaran turut dirasai oleh penternak ‘farming contract’ iaitu penternak yang sudah mempunyai kontrak menjual hasil ternakan mereka kepada syarikat tertentu.

Seorang penternak di sini yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun pasaran untuk ternakan ayamnya sudah terjamin kerana sudah ada pembeli, namun, dia tetap berisiko mengalami kerugian kerana harga makanan ayam, iaitu dedak yang semakin meningkat.

Menurutnya, sebagai penternak ‘farming contract’, dia perlu memastikan ayam ternakannya menepati kualiti yang ditetapkan oleh syarikat pembeli, agar ayam yang dihasilkan dibeli pada harga yang telah ditetapkan.

“Mungkin ramai yang sangka penternak ‘farming contract’ seperti kami tidak mengalami kerugian walaupun harga dedak naik sebab kami sudah mempunyai pembeli tetap.

“Pandangan itu salah, kerana kami ada perjanjian dengan syarikat pembeli. Contohnya, harga ladang ayam diikat pada harga RM4.50 hingga RM4.80 sekilogram, jadi, kami perlu pastikan ayam yang kami ternak menepati kualiti untuk terjual pada harga yang ditetapkan.

“Jika kualiti ayam yang kami ternak rendah daripada harga yang diikat, bermakna kami akan rugi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, harga dedak ayam yang semakin meningkat boleh membunuh industri ternakan ayam dan masalah itu perlu diselesaikan oleh kerajaan.

“Walaupun saya penternak farming kontrak, tetapi, saya tetap rugi sebab harga dedak meningkat. Penternak macam saya tak ada kawalan harga, sebab kami terikat kontrak tapi kalau tak ikat kontrak memang tak boleh survive, sebab kami kena beli dedak sendiri pada harga yang sangat tinggi,” katanya.

Sementara itu, seorang penternak ayam kampung di sini, Mohd. Anas Asmawi berkata, walaupun ayam kampung tidak terlibat dalam harga syiling ayam ketika ini, namun, dia mengakui merasai kesan kenaikan harga dedak.

Katanya, kenaikan harga ayam disebabkan kenaikan harga dedak sejak tahun lalu lagi.

“Harga dedak naik sampai RM20 bagi satu beg seberat 50 kilogram. Kalau dulu satu beg 50 kg berharga RM105 atau RM106, sekarang naik jadi RM123 hingga RM124.

“Dedak naik harga disebabkan bahan diimport iaitu jagung dan soya naik harga. Kenaikan harga ayam bukan disebabkan bulan Ramadan tapi harga dedak yang baik sejak tahun lalu lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya