Peniaga Bazar Hang Tuah diperdaya? - Utusan Malaysia

Peniaga Bazar Hang Tuah diperdaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Apa sudah jadi dengan Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah yang digembar-gembur dihidupkan semula oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)?

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, daripada 100 khemah yang didirikan, hanya tiga peniaga yang terdapat di situ.

Bagaimanapun, kesemua mereka sudah bersiap untuk berpindah ke Bazar Ramadan Aidilfitri Mega Pantai Klebang.

Pentas sudah siap dibina termasuk pembesar suara dipasang di sepanjang khemah yang didirikan.

Tiga tahun lalu, bazar ini pernah diiktiraf sebagai bazar Ramadan mega terbesar di negeri ini tetapi kini seperti padang jarak padang tekukur.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang peniaga, Osman Mat Zain melahirkan rasa kecewa kerana penganjur menjanjikan bazar di Jalan Hang Tuah kembali meriah dengan ramai peniaga seperti tiga tahun lalu tetapi segalanya sekadar omong kosong.

Menurutnya, sehari sebelum umat Islam berpuasa, dia mendapati semua khemah bermula dari Dewan Hang Tuah hingga ke Hotel Lacrista tidak berpenghuni.

“Kebiasaannya sudah ramai peniaga membuat persiapan membawa barangan masuk ke tapak disewa. Tetapi saya dapati tidak ada langsung peniaga datang dan memasukkan barang di khemah yang disediakan.

“Hati saya macam rasa ada yang tidak kena. Bila saya hubungi penganjur dia cakap jangan risau nanti ramai peniaga masuk untuk berniaga selepas puasa pertama.

“Tapi bila hari pertama Ramadan, saya tengok tidak ada orang. Saya ambil keputusan bungkus balik barang dan pindah berniaga ke Klebang,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi peniaga, Ashikin Ismail mendakwa, penganjur berjanji memberi tapak berniaga di Klebang tetapi tiba-tiba disuruh ke Jalan Hang Tuah.

“Bila saya dan ayah membawa masuk pakaian wanita, baju kanak-kanak dan kasut, saya pelik lihat banyak khemah kosong. Bila tanya penganjur dia cakap akan ada 30 peniaga masuk tetapi sebenarnya tidak ada pun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×