Norani hasilkan sabun kelulut - Utusan Malaysia

Norani hasilkan sabun kelulut

NORANI Mohd. Halel (kiri) bersama Pengurus Pusat Komuniti Desa Melayu Raya, Nor Rimezawani Jamaian menunjukkan sabun kelulut MR Trigona Nursery di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang ibu kepada tiga cahaya mata dekat sini mengkomersialkan sabun kesihatan yang diperbuat daripada madu kelulut.

Lebih membanggakan, sabun dijual Norani Mohd. Halel, 56, mendapat permintaan tinggi daripada pe­langgan sehingga memboleh­kan dia meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan.

Menurut Norani, hanya selepas tiga bulan produk itu dikeluarkan, dia sudah berjaya menjual sebanyak 1,000 ketul sabun selepas mengikuti kursus cara membuat kelengkapan membersihkan diri itu pada 2016.

“Pada mulanya saya hanya menternak lebah kelulut de­ngan membeli tiga sarang pada harga antara RM350 hingga RM400.

“Tapi saya dapati madu kelulut ini boleh dikomersialkan dengan pelbagai bentuk produk kesihatan setelah mengikuti kursus anjuran seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) lima tahun lalu,” katanya di sini semalam.

Ketika ditemui di Kampung Sri Gambut Melayu Raya, Pekan Nenas di sini, Norani berkata, dia tidak menoleh ke belakang selepas itu apabila tekun mengikuti pelbagai kursus sampingan termasuk pemasaran memastikan produk di bawah label MR Trigona Nursery itu dapat berdaya saing.

Katanya, dia menggunakan pelbagai daun herba untuk dicampurkan dengan madu kelulut tersebut sebelum dijadikan sabun kesihatan yang mampu menawarkan pelbagai khasiat kepada pengguna.

“Saya menghasilkan sabun kelulut dengan pelbagai adunan daripada pokok-pokok herba iaitu daun bunga raya, lidah buaya, daun bidara, daun sirih dan daun gelenggang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya