Lapan peniaga kerugian jualan rosak, khemah terbang - Utusan Malaysia

Lapan peniaga kerugian jualan rosak, khemah terbang

KEADAAN peniaga di hadapan Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang apabila khemah mereka rosak diterbangkan angin dan barang jualan musnah akibat hujan lebat yang berlaku selepas azan Asar, hari ini. UTUSAN/NORHAYATI YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG : Angin kuat  disusuli hujan lebat mengakibatkan lapan penjaja yang berniaga di hadapan Masjid Asy-Syarif, Meru di sini terpaksa menanggung kerugian apabila barang jualan dan khemah rosak dipukul ribut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berlaku selepas azan Asar dan bermula dengan ribut sebelum hujan lebat.

Menurutnya, maklumat awal yang diterima, tujuh daripada penjaja di situ mengalami kerosakan teruk apabila khemah dan barangan yang dijual semua rosak.

“Malah, terdapat sebuah khemah yang diterbangkan angin setinggi kira-kira 50 meter. Saya akan ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri apa yang berlaku.

“Saya juga telah meminta pegawai untuk mengumpul maklumat peniaga terbabit untuk diberikan bantuan supaya dapat meringankan beban yang mereka hadapi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, beberapa video tular di laman media sosial menunjukkan sebuah khemah peniaga diterbangkan angin setinggi kira-kira 50 meter di hadapan Masjid Asy-Syarif, Meru di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Buat masa ini, kita masih belum menerima laporan daripada peniaga terbabit.

“Dimaklumkan lapan gerai terlibat dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya