Kos tambahan sehingga RM300 sebulan - Utusan Malaysia

Kos tambahan sehingga RM300 sebulan

TERNAKAN memerlukan dedak berkualiti untuk membesar dan mengelakkan penyakit. - UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Golongan penternak terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan sehingga RM300 sebulan bagi seguni dedak iaitu seberat 50 kilogram berikutan kenaikan harga makanan haiwan peliharaan itu yang dikesan berlaku sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan berlarutan sehingga kini.

Malah dalam tempoh tersebut, harga dedak dikatakan sudah mengalami kenaikan sebanyak enam kali daripada harga sekitar RM55 sehingga mencecah RM67 bagi berat 50 kilogram.

Seorang penternak kambing, Husmizar Hussain, 41, memberitahu, kenaikan harga dedak soya putih itu cukup memberi kesan kepadanya yang perlu menggunakan bekalan dedak sebanyak 50 kilogram setiap hari.

Dia yang menternak kira-kira 80 ekor kambing berkata, sejak PKP tahun lalu, setiap sebulan atau dua bulan harga dedak didapati terus meningkat.

“Dahulu harga dedak (50 kilogram) sekitar RM50 hingga RM55 sahaja namun sedikit demi sedikit naik sehingga mencecah RM67.

“Berikutan itu, saya terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan iaitu sekitar RM10 sehari bagi membeli bekalan dedak ini. Jika sebulan, saya perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan sekitar RM300.

“Dengan jumlah itu, banyak lagi perkara boleh dilakukan dalam suasana ekonomi serba mencabar ketika ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Alor Merah, di sini semalam.

Menurut Husmizar, haiwan ternakan memerlukan dedak berkualiti bagi membesar dan mengelakkan penyakit.

Katanya, mahu tidak mahu mereka perlu membeli dedak yang berkualiti itu meskipun mengalami kenaikan sejak akhir-akhir ini.

“Dahulu, harga dedak jika mengalami kenaikan pun hanya setahun sekali sahaja, bukan seperti sekarang sehingga beberapa kali.

“Jika saya yang menternak tidak sampai 100 ekor kambing terkesan, bagaimana pula nasib mereka yang memelihara lebih banyak?,” katanya.

Tambahnya, melihat kepada senario yang semakin merisaukan para penternak, dia berharap kerajaan dapat mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya