Kalimah Allah khusus bagi agama, umat Islam - MAINS - Utusan Malaysia

Kalimah Allah khusus bagi agama, umat Islam – MAINS

ABDUL Aziz Sheikh Abdul Kadir (dua dari kanan) beramah mesra bersama sebahagian petugas media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama MAINS Bersama Media dekat Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memberi penegasan bahawa kalimah Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam seperti Fatwa Negeri Sembilan yang diwartakan pada 14 September 2016.

Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, fatwa itu juga memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.

Beliau berkata, di Negeri Sembilan juga telah mempunyai undang-undang mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang digubal berasaskan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, undang-undang tersebut adalah Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 (Enakmen No.9/1991) yang diluluskan di Negeri Sembilan dan berkuat kuasa pada 5 April 2007.

“Enakmen ini menyenaraikan sebanyak 36 perkataan yang dilarang dan tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam di dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 dan ia termasuk penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa MAINS Bersama Media dekat sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, fatwa berkenaan juga meletakkan kewajipan kepada umat Islam di Negeri Sembilan melindungi kalimah Allah dengan cara yang terbaik.

Jelas beliau, sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlul diambil mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di Negeri Sembilan dan memelihara sensitiviti setiap rakyat dan agama, MAINS menyeru agar rakyat bukan Islam di Negeri Sembilan akur serta patuh kepada undang-undang sedia ada.

“Bagi rakyat yang beragama Islam hendaklah juga mematuhi fatwa yang telah diwartakan,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Dalam keputusan itu, tiga perkataan Arab yang lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat turut mendapat kebenaran untuk digunakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya