Hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza biadap - Utusan Malaysia

Hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza biadap

STATUS yang dimuat turun oleh Fahmi Reza dipercayai tindakan biadap terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang individu menggunakan nama Fahmi Reza didakwa bertindak memburuk-burukkan dan mencemarkan nama baik Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui satu entri di laman sosial Facebook dipercayai miliknya.

Pengerusi Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat), Anaz Ab. Moris mendakwa, tindakan individu itu perbuatan biadap terhadap Raja Permaisuri Agong sekali gus institusi diraja di negara ini.

“Ia perbuatan tidak beretika biarpun bukan secara langsung. Tindakan ini dilihat memperlekeh dan membina persepsi buruk terhadap kerabat diraja itu,” dakwanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu,  Fahmi Reza memuat naik satu entri dipercayai menghina Raja Permaisuri Agong dengan perkataan ‘This is dengki ke?’

Mengulas lanjut berhubung entri berkenaan, Anaz berkata, Permat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan individu tersebut. 

“Kita merasakan ada agenda lain cuba diserap untuk mempengaruhi pemikiran orang muda.

“Kita harap pihak berwajib terutama pihak berkuasa lebih tegas dan memantau perkara ini agar tidak menjadi lebih parah ibarat barah dalam daging.

“Golongan muda seharusnya dididik menghormati institusi diraja selain dipupuk rasa hormat terhadap orang lain dan bukannya dengan membenci,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya