Harga daging lembu naik hingga RM4 sekilogram - Utusan Malaysia

Harga daging lembu naik hingga RM4 sekilogram

PENIAGA yang menjalankan perniagaan daging lembu menjelang di Pasir Puteh, Kelantan hari ini. -UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Harga daging lembu tempatan naik antara RM2 hingga RM4 sekilogram, gara-gara isu kenaikan mendadak harga dedak sejak beberapa bulan lalu masih gagal diselesaikan kerajaan.

Peniaga, Maziah Mat Lazim, 48, berkata kadar kenaikan harga itu sebenarnya masih boleh dianggap rendah berbanding pertambahan kos terpaksa ditanggung penternak untuk membeli bekalan dedak yang tiba-tiba naik mencanak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, daging lembu kini dijual pada harga RM32 sekilogram berbanding RM30 sebelum ini, tulang (RM28 sekilogram), hati, limpa dan pelempong (RM32 sekilogram), manakala perut (RM26 sekilogram).

“Kadar ini mungkin meningkat lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri sekiranya harga dedak terus meningkat. Setakat ini, pengguna tidak merungut malah jualan daging saya masih laris walaupun naik harga.

“Lagipun kami para peniaga daging dan penternak lembu juga mempunyai hak untuk menaikkan harga sebagaimana pengilang dedak yang menaikkan harga jualan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Nordin Mohammed, 50, berkata, rata-rata peniaga daging yang menternak sendiri lembu telah bersepakat menetapkan kadar kenaikan harga yang sama.

Katanya, kenaikan harga itu selaras dengan perkembangan semasa yang mengambil kira beberapa barangan keperluan lain yang turut dinaikkan harga sepanjang tempoh Covid-19.

“Kami hanya memohon ketegasan kerajaan mengawal harga dedak dan mencari pendekatan untuk menangani masalah itu.
Hanya disebabkan dedak naik harga, keseluruhan pengguna juga akan terkesan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya