Galakkan penduduk tanam ketum ayam - Utusan Malaysia

Galakkan penduduk tanam ketum ayam

PENGARAH Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak), Mohd. Misbahul Munir Masduki (kiri) menyampaikan cili fertigasi kepada Zainol Fadzi Paharuddin di Pasir Salak, Perak, hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Orang ramai digalakkan menanam pokok ketum ayam yang daunnya terbukti sesuai sebagai makanan ternakan sekali gus dapat mengurangkan kos makanan untuk ternakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, ketum ayam mengandungi protein tinggi yang sesuai untuk makanan ternakan.

“Saya tak pasti pokok ketum ayam sah atau tidak untuk ditanam tapi ia mengandungi sumber protein tinggi untuk ternakan ayam. Terbukti ayam menjadi sihat.

“Saya cuba galakkan orang kampung tanam pokok ketum ayam ini sebab ada orang yang menternak ayam sanggup membeli daunnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup kursus fertigasi cili di bawah program tranformasi pekerjaan di Pusat Latihan Pertanian Degong, Labu Kubong di sini, hari ini.

Pokok ‘ketum ayam’ atau madre de berasal dari Amerika Selatan dikatakan antara alternatif makanan ternakan.

Sementara itu, Zainol Fadzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik menyarankan usahawan di negeri ini meneroka segmen baharu dalam industri pertanian dan pembuatan iaitu bidang penghantaran serta pemasaran.

Menurutnya, ia sekali gus untuk mengatasi isu monopoli orang tengah.

“Kita mahu wujudkan rantaian, tak semestinya semua orang perlu menanam, sebab itu kena ada orang yang menghantar produk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya