Fitnah: Jutawan hartanah saman 10 individu - Utusan Malaysia

Fitnah: Jutawan hartanah saman 10 individu

MOHAMAD Azlan Abdullah @ Ali menunjukkan salinan tangkap layar hantaran yang memfitnahnya di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jutawan hartanah dari Besut, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali akan memfailkan saman kepada hampir 10 individu berhubung kenyataan fitnah yang mengaitkannya dengan isu tanah di laman Facebook.

Mohamad Azlan berkata, tindakan undang-undang itu terpaksa diambil kerana mencalarkan imej dan reputasinya sebagai ahli perniagaan di samping bagi memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah.

Katanya, hantaran berbaur fitnah yang dimuatnaik itu menuduhnya mencagar geran tanah keluarga mereka hingga dilelong.

“Saya menyedari mengenai hantaran yang tular itu kira-kira pukul 2 petang pada Jumaat lalu dan laporan polis telah dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jertih di Besut, semalam.

“Selain itu ada juga tuduhan kononnya saya hidup senang kerana menipu dan hantaran tersebut menyebabkan saya teruk dikecam,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu di sini.

Mohamad Azlan yang merupakan pemilik Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn. Bhd. berkata, saman berkenaan akan difailkan dalam masa terdekat dan peguamnya kini sedang menyiapkan urusan dokumentasi.

Baru-baru ini, jutawan hartanah yang bermula sebagai pengutip sampah itu tular kerana membawa kegembiraan kepada kira-kira 400 penduduk Besut apabila mempelawa mereka menaiki helikopter secara percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya