Elak pinjam wang 'ah long' - Utusan Malaysia

Elak pinjam wang ‘ah long’

MUSTAPA Mohamed menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima pada Program Bakul Kasih AIM, Cawangan Jeli, Kelantan, hari ini. - UTUSAN ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Golongan peniaga dan usahawan dinasihatkan menjauhi peminjam wang tidak berlesen atau ‘ah long’ yang dilihat agresif mengambil kesempatan ketika iklim ekonomi agak merudum ekoran penularan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, terdapat pelbagai saluran sah di negara ini diwujudkan bagi membantu para peniaga dan usahawan yang berdepan masalah kewangan.

Antaranya, kata beliau, ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) khusus untuk golongan wanita yang terbukti berjaya membantu lebih ramai rakyat keluar dari kepompong kemiskinan melalui pembiayaan modal perniagaan.

“Apa yang penting, disiplin yang tinggi terutama dalam aspek membayar balik pinjaman mengikut jadual. Itu antara ciri-ciri peniaga yang wajar dipuji,” katanya ketika merasmikan Program Bakul Kasih AIM Cawangan Jeli, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ketua Pegawai Kewangan AIM, Noorshahrizal Mashahrin.

Dalam majlis itu, 200 Sahabat AIM terpilih menerima payung perniagaan sumbangan Koperasi Kakitangan AIM.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, para peniaga disaran memahirkan diri dengan teknik perniagaan dalam talian atau online bagi memasarkan produk perniagaan masing-masing dengan lebih meluas.

Kata beliau, kemahiran itu perlu ekoran keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini mengehadkan kaedah perniagaan secara konvensional. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.