DMDI tawar biasiswa kepada 100 pelajar B40 - Utusan Malaysia

DMDI tawar biasiswa kepada 100 pelajar B40

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kolej Antarabangsa DMDI menawarkan biasiswa kepada 100 pelajar terawal yang mendaftarkan diri untuk program Diploma Pengurusan Pelancongannya.

Ketua Eksekutifnya, Profesor Madya Datuk Ahmad Khalid berkata, pihaknya menyasarkan pelajar yang berminat menyambung pengajian tinggi dalam bidang pelancongan terutama mereka yang datang daripada keluarga B40.

Katanya, program terbaharu ditawarkan pihaknya bermula Jun depan itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam bidang pelancongan.

“Biasiswa yang ditawarkan ini terbuka untuk semua pelajar yang berminat, namun, memberi keutamaan kepada anak kelahiran Melaka bagi meningkatkan kualiti pendidikan mereka.

“Selepas ini, banyak lagi program akan diperkenalkan Kolej Antarabangsa DMDI termasuk diploma dalam bidang perhubungan industri, sains komputer, pengurusan perniagaan dan sijil perniagaan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi menerima surat akreditasi program Diploma Pengurusan Pelancongan di sini baru-baru ini.

Surat itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran yang turut dihadiri Pendaftar Kolej Antarabangsa DMDI, Dr. Mohd Azmi Ramlee.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, penawaran biasiswa dan program terbabit dijangka mampu menarik minat anak muda untuk mendalami bidang pelancongan terutama di Melaka.

Katanya, sebelum ini apabila berbicara mengenai pelancongan, masyarakat hanya melihat tempat menarik dan penginapan, namun, pihaknya mahu bidang itu menjadi seperti pengajian komunikasi yang sangat meluas bidangnya.

“Banyak peluang pekerjaan dan perniagaan boleh diterokai dalam dunia pelancongan terutama membabitkan perancangan dan pengurusannya.

“Kami mahu melahirkan graduan yang mampu menjaga reputasi, imej dan identiti syarikat mereka bekerja ataupun perniagaan mereka sendiri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya