Dana 1MDB: Polis ambil keterangan Tawfiq - Utusan Malaysia

Dana 1MDB: Polis ambil keterangan Tawfiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suami kepada Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Tan Sri Dr. Zeti Aziz, yang juga bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Dr. Tawfiq Aymand telah dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merakam percakapan.

Tawfiq hadir bersama anaknya di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini bagi siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, memandangkan siasatan polis dalam kes ini masih dijalankan, masyarakat dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi melalui mana-mana platform.

“Jangan timbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 3 Mac lalu, media melaporkan, siasatan akan dijalankan terhadap Tawfiq berhubung dakwaan sebuah portal mengenai penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Memandangkan siasatan kes itu melibatkan keterangan di Malaysia dan luar negara, PDRM sedang mengambil tindakan susulan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002.

Ini kerana, keterangan yang berada di luar negara berkenaan penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun milik beliau (Tawfiq) di Singapura.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, polis Singapura memberitahu Bank Negara mengenai transaksi mencurigakan berjumlah RM66 juta daripada ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho kepada syarikat didakwa dimiliki oleh suami dan anak lelaki Zeti pada 2015.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.