Bau busuk bangkai ikan ganggu penduduk - Utusan Malaysia

Bau busuk bangkai ikan ganggu penduduk

PENDUDUK menunjukkan sangkar pecah yang hanyut sehingga ke penempatan mereka di Kampung Batak Rabit di Teluk Intan, semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penduduk di Kampung Batak Rabit di sini terpaksa menghidu bau bangkai ikan dari sangkar ternakan yang pecah akibat dihanyutkan arus deras dalam kejadian minggu lalu.

Sangkar ikan berkenaan ha­nyut di Sungai Perak sehingga ke kawasan berdekatan rumah mereka di kampung tersebut yang dihuni kira-kira 50 penduduk.

Selain bangkai ikan, besi dan tong sangkar turut dihanyutkan ke kawasan itu dan masih tersangkut di belakang rumah mereka.

Seorang penduduk, Mohamad Ikmal Hisyam Mohamad Pozali, 25, berkata, sejak minggu lalu, beberapa sangkar hanyut sehingga di bahagian belakang rumah mereka yang terletak di tebing Sungai Perak.

Menurutnya, bangkai ikan berkenaan semakin membusuk sehingga penduduk terpaksa menghidu bau busuk sepanjang hari.

“Kami nak makan pun tak boleh, hilang selera sebab bau bangkai yang kuat sangat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Selain itu, katanya, besi dan tong sangkar yang tersangkut menyebabkan penduduk yang bekerja sebagai nelayan sukar untuk ke sungai memasang belat dan memancing.

Seorang lagi penduduk, Kintan Uda, 80, berkata, penduduk bimbang bangkai ikan yang tidak di­bersihkan akan mendatangkan penyakit.

Dalam kejadian minggu lalu, seorang penternak ikan sangkar Heng Zhi Yong mendakwa kerugian hampir RM7 juta selepas 280 sangkar ternakannya pecah dihanyutkan arus deras Sungai Perak.

Zhi Yong berkata, hampir ke­semua ternakannya kira-kira 500 tan metrik terlepas ke dalam sungai manakala sebahagian besar daripada 280 buah sangkarnya musnah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.