fbpx

15 Mei 2021, 2:08 pm

  TERKINI

Bank Rakyat teruskan program RAKYATpreneur 2.0 bernilai RM2 juta

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Rakyat memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta untuk pelancaran program RAKYATpreneur 2.0 bermula Julai ini sehingga hujung tahun ini.

Program tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan asnaf terpilih dari seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri. Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program berkenaan adalah kesinambungan daripada program pertama yang dilancarkan pada September tahun lalu yang berjaya meningkatkan hasil jualan perniagaan 20 usahawan sehingga 30 peratus kurang dari enam bulan.

Beliau berkata, peserta RAKYATpreneur 2.0 yang layak dan diberi latihan dan bimbingan serta pemantauan secara inklusif selama enam bulan dengan penyediaan modul yang lebih komprehensif.

“Saya berpendapat program sebegini hatus diperkembangkan ke peringkat seterusnya agar lebih ramai lagi usahawan dapat dibantu sekali gus meningkatkan status komuniti asnaf dan seterusnya menjana ekonomi negara.

“Kementerian sentiasa menekankan kepada agensi akan peranan mereka dalam memajukan sosioekonomi negara dengan mengambil kira keperluan masyarakat terutama sekali golongan yang memerlukan seperti asnaf dan golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berharap agar program tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh usahawan asnaf terutama yang kehilangan punca pendapatan susulan wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE

×
×