Angka ingkar SOP melonjak drastik kepada 248 kes - Utusan Malaysia

Angka ingkar SOP melonjak drastik kepada 248 kes

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah jatuh mendadak kelmarin, kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam mula melonjak drastik.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 248 individu dicekup semalam berbanding cuma enam individu kelmarin dan 100 individu diberkas Khamis lalu.

“Daripada jumlah berkenaan, seramai 228 dikenakan kompaun manakala baki tiga ditahan reman dan 17 lagi telah pun bebas dijamin,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Aktiviti pusat hiburan menyumbang kesalahan paling tinggi iaitu 205 kes diikuti gagal patuh jarak fizikal (17) dan tidak merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera atau manual (11).

Turut ditahan ingkar SOP ialah pesalah yang cuba melakukan rentas negeri tanpa kebenaran polis sebanyak lapan kes, disusuli tidak memakai pelitup muka (empat) dan lain-lain (tiga).

Mereka, ujar beliau, dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan 63,866 pemeriksaan melibatkan penugasan sejumlah 3,276 pasukan di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya