Yayasan Petronas bantu 1,600 murid di Terengganu - Utusan Malaysia

Yayasan Petronas bantu 1,600 murid di Terengganu

SATIFUL Bahri Mamat (dua kanan) memegang beg sekolah yang disumbangkan Yayasan Petronas menerusi program Kembali Ke Sekolah di Jabatan Pendidikan negeri di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Yayasan Petronas meneruskan tradisi tahunan mereka dalam membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan menerusi pemberian bantuan barangan kelengkapan persekolahan kepada 1,600 murid di negeri ini.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu sebanyak 250 penerima merupakan murid di daerah ini diikuti Besut (250 orang), Dungun (220 orang), Hulu Terengganu (220 orang), Kemaman (213 orang), Setiu (185 orang), Marang (132 orang) dan Kuala Nerus (130 orang).

Katanya, bantuan yang diberikan sempena program Kembali Ke Sekolah 2021 itu ialah dua set pakaian seragam, kasut, stoking, beg galas, botol air, alat tulis, buku nota di samping kit kebersihan diri.

“Selaras usaha Petronas memupuk minat terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), maka murid-murid turut dibekalkan dengan set buku kerja kaedah pembelajaran STEM yang praktikal dan menyeronokkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penyerahan sumbangan disampaikan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Shariff Abdul Latif.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.

Sementara itu, seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail di Kemaman, Amal Dayana Ahmad Sufian, 12, berterima kasih atas keprihatinan Yayasan Petronas dalam membantu menyumbangkan kelengkapan persekolahan untuknya dan rakan-rakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN