Wakaf tunai penyelenggaraan masjid beri peluang orang ramai berwakaf - Utusan Malaysia

Wakaf tunai penyelenggaraan masjid beri peluang orang ramai berwakaf

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (kanan) hadir Kuliah Khas dan Pelancaran Wakaf Tunai Penyelenggaraan Masjid di Masjid Alwi, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Wakaf tunai penyelenggaraan masjid yang dilancarkan hari ini dapat memberi peluang kepada orang ramai melakukan ibadah wakaf dengan lebih mudah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelancaran dana wakaf tersebut akan digunakan untuk pembinaan dan penyelenggaraan masjid tersebut secara tidak langsung dapat mengalakkan mereka untuk berwakaf.

“Saya rasa pelancaran dana wakaf ini adalah satu perkembangan yang baik terutamanya bagi menggalakkan lagi ibadah wakaf,” katanya ketika ditemui selepas Kuliah Magrib Khas dan pelancaran wakaf tunai tersebut di Masjid Alwi, di sini semalam.

Sementara itu, Zulkifli turut menyumbang sebanyak RM2,000 kepada dana wakaf tunai tersebut.

Wakaf Tunai Penyelenggaraan Masjid merupakan inisiatif di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya