Usaha penjagaan kesihatan rakyat luar bandar dipertingkat - Utusan Malaysia

Usaha penjagaan kesihatan rakyat luar bandar dipertingkat

ADHAM Baba menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan terus memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan tahap penjagaan kesihatan rakyat luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan dan kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar khususnya di Selangor akan turut diberi keutamaan.

Menurut beliau, beberapa projek pembangunan dan menaik taraf fasiliti kesihatan luar bandar akan dilaksanakan termasuk Klinik Kesihatan Sijangkang dan Klinik Kesihatan Semenyih.

“Menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana berkenan menerima kami menghadap di Istana Kayangan, Shah Alam, pagi ini.

“Selain beberapa projek itu, kementerian akan melaksanakan projek Hospital Kapar di Klang bagi menyediakan sehingga 1,000 katil dan sekali gus mengurangkan kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adham berkata, kerajaan amat prihatin dan yakin usaha berterusan ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat, terutama di dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup yang berimbang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN