UMNO Kangar pegang teguh keputusan tiada kerjasama dengan Bersatu - Utusan Malaysia

UMNO Kangar pegang teguh keputusan tiada kerjasama dengan Bersatu

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: UMNO Bahagian Kangar berpegang teguh dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu bahawa tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kebersamaan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pula diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Seri Azlan Man berkata, pendirian UMNO Kangar itu adalah berdasarkan prinsip bahawa MT adalah badan tertinggi yang menjalankan pentadbiran parti itu di bawah kekuasaan serta perintah perhimpunan agung yang telah dipilih melalui proses pemilihan sah.

“Sebelum mesyuarat MT UMNO diadakan dan keputusan dibuat pada 19 Februari lalu telah dilaporkan dan dispekulasikan dengan pelbagai usaha oleh kumpulan atau individu-individu tertentu mengenai hala tuju serta hubungan kerjasama UMNO dengan parti-parti politik lain sebelum menghadapi PRU-15.

“Malah, selepas keputusan dibuat oleh MKT, masih lagi kedengaran pihak-pihak tertentu yang dilaporkan berusaha dan bertindak bertentangan dengan keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan, UMNO Perlis jelas dengan pendirian terus bekerjasama dengan parti-parti bumiputera termasuk Bersatu dalam menghadapi PRU-15.

Malah kata Shahidan, keputusan tersebut bukan disebabkan beliau semata-mata sebaliknya keputusan mesyuarat bahagian-bahagian di Perlis iaitu bekerjasama dengan semua parti-parti politik bumiputera. – UTUAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN