SPRM tahan pengurus syarikat, setiausaha koperasi terlibat rasuah - Utusan Malaysia

SPRM tahan pengurus syarikat, setiausaha koperasi terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus syarikat dan seorang setiausaha koperasi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor atas dakwaan menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan.

SPRM Johor dalam satu kenyataan memberitahu, Pengurus Syarikat Felda Technoplant Sdn. Bhd. berusia 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada pukul 3 petang ini.

“Suspek yang bertugas di Kulai itu didapati menerima rasuah lebih RM140,000 daripada sebuah syarikat kontraktor.

“Rasuah berkenaan sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja selenggara di ladang kelapa sawit di bawah kendalian syarikat itu di Tenggaroh 6, Mersing,” jelas kenyataan tersebut.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sementara itu, pihaknya turut memaklumkan penahanan seorang Setiausaha Koperasi Peneroka Felda Tenang Berhad, di Ibu Pejabat SPRM, Johor semalam.

Suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan atas kesalahan menggunakan jawatan dan kedudukan bagi mendapatkan kerja mengangkut hasil sawit di Felda Tenang, Segamat bernilai RM300,000.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN