Rugi kereta Honda Civic musnah terbakar - Utusan Malaysia

Rugi kereta Honda Civic musnah terbakar

KEADAAN kereta yang terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kondominium Cyberjaya, Smart Home, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Seorang pemilik kereta menanggung rugi selepas kenderaannya itu musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Kondominium Cyberjaya, Smart Home di sini, semalam.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Juliana Hashim, kejadian berlaku di kawasan parkir di tingkat 1 bangunan kira-kira pukul 10.30 malam.

Beliau berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Kerja-kerja memadam terus dilakukan melihat kepada api yang sedang marak dan pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal api.

“Api dapat padam sepenuhnya 45 minit kemudian, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, pemilik kereta seorang wanita sempat menyelamatkan diri selepas melihat percikan api pada bahagian enjin hadapan sebaik sahaja memberhentikan kereta di kawasan parkir.

Beliau berkata, kemusnahan kebakaran dianggarkan 90 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya