PKPD di Pusat Akhlak Batu Gajah ditamatkan - Utusan Malaysia

PKPD di Pusat Akhlak Batu Gajah ditamatkan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan kuarters kakitangan di Kinta, Perak, ditamatkan esok mengikut jadual.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini 774 ujian saringan dilakukan dan daripada jumlah itu secara kumulatif 457 kes telah dilaporkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat penurunan kes malah kluster adalah terkawal dan semua kes positif serta kontak rapat telah diasing,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Justeru ujarnya, setelah dibuat penilaian risiko pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokaliti ini seperti dijadualkan pada 13 Mac.

Institusi berkenaan yang terletak di Jalan Brewster itu dikenakan PKPD sejak 14 Februari lalu sebelum terus dilanjutkan lagi bermula pada 28 Februari lepas selama tempoh dua minggu.

Ia yang asalnya Kinta Prison dan dibuka pada 1902, sebelum diubah sebagai pusat pemulihan akhlak oleh Jabatan Penjara Malaysia pada 1983 bagi tahanan kes Akta Dadah Berbahaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya