Pengawal keselamatan wanita maut kereta langgar tiang elektrik - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan wanita maut kereta langgar tiang elektrik

KEADAAN kereta dipandu mangsa yang remuk selepas terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanjung Resang Mersing di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Pengawal keselamatan wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Jalan Tanjung Resang Mersing, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Nadiah Md. Tahir, 32, yang tinggal di Felda Tenggaroh Timur 1 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.15 pagi.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kereta berkenaan dipandu mangsa bersendirian dari Tanjung Resang hendak menuju ke Bandar Mersing.

“Apabila sampai di Jalan Tanjung Resang Mersing, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di bahu jalan terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Cyril berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik daripada Hospital Mersing.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya