Pekerja kilang maut langgar belakang lori - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 10 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, Bandar Puteri Jaya, di sini hari ini.

Mohd. Syukur Azizan, 30, dari Kampung Baru, Batu Besar, Sik dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC mengekori sebuah lori jenis Isuzu yang bergerak perlahan di bahu jalan.

“Kedua-dua kenderaan terlibat dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Sidam Kiri dan menghala ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani.

“Sebaik sahaja melepasi sebuah stesen minyak, mangsa melanggar bahagian belakang kanan lori yang pandu seorang lelaki bersama kelindannya menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Menurut Adzli, akibat rempuhan itu, motosikal mangsa remuk manakala pemandu dan kelindan lori yang berusia 33 tahun dan 35 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya