MPI mahu penubuhan yayasan kebajikan wartawan disegerakan - Utusan Malaysia

MPI mahu penubuhan yayasan kebajikan wartawan disegerakan

CHAMIL WARIYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Institut Akhbar Malaysia (MPI) mahu penubuhan sebuah yayasan bagi menjaga kebajikan wartawan dan pengamal media disegerakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pengamal media negara ini terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

“Penubuhan ini perlu disegerakan kerana menurut Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), seramai 3,000 pengamal media hilang pekerjaan akibat gangguan digital dan pandemik Covid-19 sejak dua hingga tiga tahun yang lalu.

“Kita juga mencadangkan supaya kerajaan memberikan peruntukan secukupnya bagi mempastikan yayasan itu berfungsi dengan lebih berkesan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan pihak kementerian untuk menubuhkan yayasan khas bagi membantu petugas dalam industri media yang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan bersama ersatuan-persatuan melibatkan media, namun beliau menjangkakan yayasan tersebut dapat ditubuhkan dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Chamil berkata, pihaknya turut mencadangkan pakej rangsangan berbentuk pengurangan cukai korporat, pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan terhadap produk media dan pembelian ruang iklan secara agresif oleh kerajaan untuk menyebarkan mesej-mesej kepada khalayak menerusi media.

“Ini penting kerana jika tidak dibantu lebih ramai lagi pengamal media akan kehilangan pekerjaan malah ada entiti media terpaksa menghentikan operasinya.

“MPI turut menyokong cadangan Kelab Akhbar Kebangsaan yang mencadangkan supaya pengamal media diberi keutamaan mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 kerana terdedah kepada risiko jangkitan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.