MBS kenal pasti lokasi tapak bazar Ramadan - Utusan Malaysia

MBS kenal pasti lokasi tapak bazar Ramadan

ZAZALI Salehudin (dua, dari kiri) menerima sumbangan pelitup muka jenis N95 dari Yet Set Chuong di Wisma MBS, Seremban, hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk dijadikan tapak bazar Ramadan di daerah berkenaan pada tahun ini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin berkata, tapak bazar Ramadan tersebut telah dipastikan mempunyai tahap keluasan memuaskan dan kemudahan tempat letak kereta sesuai dengan keperluan mengikut prosedur standard operasi (SOP).

“Sebelum ini, memang sudah ada beberapa lokasi berdasarkan tapak bazar Ramadan sedia ada. Bagaimanapun, pada kali ini, kami hendak mendapatkan kawasan baharu lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19.

“Jika dahulu kami membenarkan seramai 100 peniaga namun, kali ini kami hanya membenarkan separuh daripada peniaga di tapak lama manakala selebihnya akan ditempatkan di lokasi baharu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Pelitup Muka di Wisma MBS dekat sini hari

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif GD Holdings Sdn. Bhd. , Datuk Seri Yet Sew Chuong.

Pada majlis tersebut GD Holdings Sdn. Bhd menyerahkan sebanyak 1,100 pelitup muka jenis N95 kepada kakitangan MBS yang diwakili oleh Zazali selain sebanyak 100,000 pelitup muka tiga lapis lagi diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Pada 5 Mac lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri telah membenarkan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini.

Bagaimanapun, ia perlu beroperasi di kawasan lebih sesuai dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk keperluan penjarakan fizikal dan tempat meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan orang ramai.

“Buat masa ini, bahagian pelesenan sedang mengenal pasti beberapa tapak baharu tersebut yang akan dimaklumkan selewat-lewatnya bulan hadapan.

“Pada tahun ini, pihak MBS akan meminimumkan penggunaan kakitangan dan kali ini kami memberi peluang kepada penganjur untuk menentukan bentuk khemah tanpa mengikut keseragaman seperti sebelum ini dan mereka menjaga kebersihan tapak yang dibenarkan berniaga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya