Maut langgar lampu isyarat merah - Utusan Malaysia

Maut langgar lampu isyarat merah

KEADAAN motosikal yang dirempuh kereta jenis Perodua Bezza dalam kejadian di Cyberjaya kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Persiaran Multimedia, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.46 petang itu, mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan maut di jalan Persiaran Multimedia, Cyberjaya itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha 15ZR dan kereta jenis Perodua Bezza.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah pusat beli-belah, D’Pulze ke arah Multimedia Universiti (MMU).

Menurutnya, kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita berusia 28 tahun itu pula dari arah Persiaran Multimedia ke arah Persiaran Ceria.

“Apabila sampai di simpang empat lampu isyarat, mangsa yang datang dari arah lurus dipercayai telah melanggar lampu merah.

“Pemandu kereta yang ketika itu sedang membelok ke arah jalan Persiaran Ceria tidak dapat mengelak lalu melanggar mangsa.

“Akibat daripada pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, mangsa yang merupakan pekerja swasta dan berasal dari Sabah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala manakala, wanita terbabit mengalami kecederaan di tangan kiri.

Beliau berkata, waris mangsa telah dikesan dan kenderaan terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya