Lima lagi ditahan insiden kecoh depan restoran - Utusan Malaysia

Lima lagi ditahan insiden kecoh depan restoran

KEADAAN restoran di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur selepas beberapa lelaki dikatakan mengamuk akibat tidak boleh membuat pesanan makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan lima lagi lelaki yang dipercayai terlibat dengan insiden rusuhan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan dekat sini kelmarin.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 23 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dalam serbuan berasingan oleh sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Annuar Omar berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Besi kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, pihaknya membuat tangkapan kedua terhadap suspek berusia 22 tahun pada 1.21 pagi di Taman Cempaka di sini.

“Dalam tangkapan ketiga pula, kami menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan San Peng pada pukul 1.31 pagi.

“Tangkapan terakhir melibatkan suspek keempat dan kelima masing-masing berusia 22 dan 19 tahun ditahan di tepi Jalan Travers Off Jalan Selangor selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan pada pukul 1.37 pagi serta 2.26 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Annuar berkata, semakan mendapati semua suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin memaklumkan tiga daripada 11 individu yang dipercayai terbabit dengan insiden rusuhan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan ditahan dalam serbuan di sekitar ibu negara.

Tular dalam media sosial tindakan kumpulan berkenaan yang dilihat mengamuk membaling kerusi dan meja di depan premis restoran.

Difahamkan, sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran berkenaan dengan membaling kerusi dan meja kerana tidak boleh membuat pesanan makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya