Lebih 94 peratus kes kumulatif sembuh - Utusan Malaysia

Lebih 94 peratus kes kumulatif sembuh

kluster
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus konsisten merekodkan kes sembuh melebihi 2,000 kes iaitu 2,042 kes dengan kumulatif sebanyak 302,662 kes atau 94.3 peratus, manakala kes positif sebanyak 1,575 kes.

Sebanyak 10 kluster serta tiga kematian manakala kes aktif pula terus menunjukkan penurunan iaitu 17,074 kes berbanding semalam, 17,544 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 147 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 751 kes diikuti Sarawak, 173 kes; Johor, 135 kes; Pulau Pinang, 132 kes dan Kuala Lumpur, 108 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 57 kes; Perak, 44 kes; Kelantan, 43 kes; Negeri Sembilan, 32 kes; Perlis, 25 kes; Melaka, 25 kes; Kedah, 23 kes; Terengganu, 16 kes; manakala Putrajaya, empat kes dan Labuan, tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, dan Sabah masing-masing satu kes dengan dua warga tempatan dan satu warga asing.

“Kes melibatkan dua lelaki termasuk warga asing dan seorang wanita berusia antara 59 hingga 69 tahun dengan semuanya mempunyai latar belakang penyakit.

“Antara penyakit yang dikesan adalah kencing manis, darah tinggi, jantung dan obesiti,” katanya.

Mengulas mengenai 10 kluster baharu, beliau berkata, ia melibatkan kluster berkaitan tempat kerja dan komuniti, masing-masing lima kluster.

Katanya lima kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Industri Dua di Gombak, Selangor, melibatkan 18 kes daripada 29 individu dan Kluster Jalan Pelepas Dua di Johor Bahru, Johor, 12 kes daripada 50 individu.

Katanya, Kluster Lintang Bayan Lepas melibatkan Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, 59 kes daripada 687 individu serta Kluster Jalan Laksamana melibatkan Manjung dan Kuala Kangsar, Perak; Lembah Pantai dan Kepong, Kuala Lumpur; Kota Belud, Sabah; Bachok, Kelantan; Kuala Nerus, Terengganu; serta Timur Laut, Pulau Pinang, 23 kes daripada 59 individu dan Kluster Ladang Bukit melibatkan Marang, Dungun, Kuala Terengganu, dan Kemaman, Terengganu, 15 kes daripada 157 individu,

“Bagi kluster komuniti, Selangor merekodkan dua kluster iaitu Kluster Jalan Tempua di Hulu Selangor, tujuh kes daripada 21 individu dan Kluster Jalan Kunci Air melibatkan Gombak dan Hulu Selangor, 18 kes daripada 205 individu.

“Sarawak pula merekodkan tiga kluster komuniti iaitu Kluster Main Bazaar di Sri Aman, 12 kes daripada 133 individu serta Kluster Sena melibatkan Miri dan Subis, 61 kes daripada 166 individu dan Kluster Buloh Pasi di Meradong, 21 kes daripada 267 individu,” katanya.

Tambahnya, 10 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Budiman, Kluster Jalan Harmonium, Kluster Batu 38, Kluster Taman Segar, Kluster Industri Bentong Sebelas, Kluster Jalan Pengkalan, Kluster Jalan Firma Tiga, Kluster Jalan Canggih, Kluster Tapak Bina Jalan Panah, dan Kluster Bintang Daily. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya