Lebih 5,000 koperasi tidak aktif, dorman - Utusan Malaysia

Lebih 5,000 koperasi tidak aktif, dorman

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 5,000 daripada 14,668 koperasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai tidak aktif dan berstatus dorman namun masih berpeluang untuk ‘diselamatkan’ daripada risiko gulung tikar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan statistik sama yang direkodkan sehingga Jun 2020, bilangan koperasi masih aktif pula berjumlah 9,300.

“Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan berusaha membantu menghidupkan semula koperasi tidak aktif terbabit.

“Bantuan tersebut dalam pelbagai bentuk termasuk bimbingan meneliti semula laporan kewangan koperasi yang dikenal pasti. Kadang-kadang mereka ini masih aktif namun tidak membuat laporan tahunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Agensi di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Prof. Madya Dr. Mohamed Saat Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Pada majlis itu sejumlah RM4.09 juta diserahkan kepada 17 koperasi di negeri ini yang terpilih sebagai penerima Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP)-SKM dan Tabung Bantuan Koperasi.

Wan Junaidi dalam pada itu berkata, peningkatan bilangan koperasi berdaftar menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap gerakan koperasi satu model keusahawanan sosial semakin meningkat.

Di Kelantan kata beliau, penglibatan koperasi bagi sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan dilihat sangat memberangsangkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.