fbpx

25 September 2021, 8:57 pm

  TERKINI

Lebih 5 juta pelancong disasar lawat PD pada 2022

AMINUDDIN Harun (tengah) bergambar bersama pihak pengurusan Taman Tema Air Ehsan Waterpark di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lebih lima juta pelancong disasar melawat ke daerah ini bersempena Tahun Melawat Port Dickson pada tahun 2022.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah 70 peratus daripada lapan juta pelancong ke negeri ini tersebut adalah berdasarkan trend kedatangan pelancong ke pantai-pantai peranginan di daerah ini yang semakin meningkat terutama selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

“Kerajaan negeri meletakkan sasaran ini dan pastinya (perkembangan terkini) sebagai satu tanda yang amat baik dalam industri pelancongan.

“Alhamdullilah, malah, kita juga lihat ada satu hotel baharu yang beroperasi di sini dan berharap ia juga dapat memulihkan kembali sektor ini selepas penularan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Tema Air Ehsan Waterpark Port Dickson dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Eksekutif Ehsan Waterpark, Datuk Abdul Hamid PV Abdu.

Taman tema air berkeluasan hampir dua hektar itu dibaik pulih selepas terbengkalai selama tujuh tahun dengan kos keseluruhan sebanyak RM6 juta.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, selain daerah Port Dickson, beberapa daerah lain seperti Kuala Pilah, Seremban, Jempol, Rembau, Jelebu juga akan dijadikan kawasan tarikan pelancong.

“Di Kuala Pilah, kami memulihkan kembali warisan perkampungan budaya yang sudah menjadi satu destinasi tarikan bagi peminat makanan tradisi negeri ini. Bukan sahaja pada hari cuti namun pada hari biasa juga ada pelancong yang berkunjung.

“Saya juga mahu memastikan Seremban ada lokasi tertentu yang boleh dilawati seperti daerah Jelebu yang merupakan kawasan eko pelancongan manakala di Rembau kami sedang menyediakan satu tarikan baharu di Gunung Datuk,” katanya.-UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI