Khidmat capaian jalur lebar di 839 lokasi - Utusan Malaysia

Khidmat capaian jalur lebar di 839 lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Satu pelawaan telah dikeluarkan untuk kerja pemasangan dan penyediaan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit di 839 lokasi seluruh negara melibatkan Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan menjelaskan, lokasi berkenaan terdiri daripada kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung dan kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

“Penyediaan prasarana dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan selular awam akan mengambil masa untuk dilaksanakan mengambil kira kepadatan penduduk dan keadaan bentuk muka bumi.

“Semenanjung mempunyai sebanyak 178 lokasi (21 peratus) manakala Sabah mempunyai 138 lokasi (17 peratus) dan Sarawak pula sebanyak 523 lokasi (62 peratus),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, perkhidmatan tersebut yang dijangka siap dilaksanakan menjelang Oktober ini akan berfungsi sebagai penyelesaian yang cepat kepada masalah kesalinghubungan sehingga penyelesaian yang kekal dilaksanakan.

“Penduduk di setiap lokasi akan berpeluang menikmati perkhidmatan WiFi percuma pada purata kelajuan 35Mbps.

“Ini merupakan satu lagi inisiatif di bawah Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk memperluaskan liputan ke seluruh negara dan melengkapi pengumuman terdahulu,” jelasnya.

Sementara itu, semua pemegang lesen yang berminat dan berkelayakan boleh mendaftarkan minat dan mengemukakan draf rancangan perkhidmatan sejagat seperti mana di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN