'Kerjasama UMNO-PH luar pengetahuan saya' - Utusan Malaysia

‘Kerjasama UMNO-PH luar pengetahuan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya tidak tahu menahu.”

Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung persoalan apakah wujud sebarang rundingan atau kerjasama yang bakal dijalin antara pemimpin tertinggi UMNO, PKR dan DAP.

“Setakat ini, sebagai Naib Presiden, saya tak tahu mengenai hal-hal kerjasama ini. Saya tak tahu sekiranya ada apa-apa bentuk rundingan, discussion atau sudah rule out plan untuk kerjasama,” katanya selepas majlis pelancaran Program Ceria Ke Sekolah (CKS) Tenaga Nasional Bhd (TNB) peringkat negeri di Wisma TNB, USJ di sini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan mengenai wujud rundingan antara pimpinan tertinggi UMNO dan PKR.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Pengerusi TNB berkata, TNB sentiasa komited membantu golongan memerlukan dan kurang berkemampuan terutama golongan B40.

Menurut beliau, pelancaran program ‘Ceria Ke Sekolah’ peringkat Selangor memperuntukkan kira-kira RM310,000 melibatkan 3,100 pelajar daripada keluarga B40 di negeri ini.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan TNB itu merangkumi kelengkapan sekolah termasuk pakaian seragam sekolah dan beg sekolah.

Sumbangan itu disampaikan melalui kerjasama pemimpin masyarakat tempatan dan pihak sekolah.

Bantuan itu bertujuan mengurangkan tekanan yang dihadapi keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persediaan anak-anak mereka ke sekolah, terutama berikutan pandemik COVID-19.

Secara keseluruhannya, TNB memperuntukkan hampir RM3 juta bagi program program tanggungjawab sosial korporat tahun ini yang setakat ini telah diagihkan ke Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN