Jengkaut terbabas punca jejambat runtuh - Utusan Malaysia

Jengkaut terbabas punca jejambat runtuh

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejadian runtuhan di jejambat di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebentar tadi dipercayai berpunca daripada pelanggaran sebuah jengkaut.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku selepas jengkaut terbabit melanggar projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ketika melalui lebuh raya itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, akibat kemalangan tersebut runtuhan binaan tersebut telah jatuh ke atas sebuah van kilang yang datang dari arah Pusat Bandar dinaiki kira-kira lima penumpang.

“Status mangsa bagaimanapun tidak diketahui setakat ini. Pihak bomba sedang dalam proses mengangkat bahan binaan yang runtuh dan maklumat lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya