Jangan ketepi suara akar umbi - Utusan Malaysia

Jangan ketepi suara akar umbi

PERWAKILAN Pergerakan Puteri UMNO berjalan memasuki dewan persidangan di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suara dan pandangan akar umbi UMNO harus diambil kira sebelum Majlis Tertinggi (MT) membuat keputusan berkaitan hala tuju parti.

Memetik laporan UMNO Online, Exco Pergerakan Puteri UMNO, Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli berkata, sikap Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) semakin jelas selepas dilihat kerap mengkhianati pemimpin UMNO.

“Yang jelas sebilangan besarnya dalam kalangan pemimpin PPBM adalah individu yang mengkhianati perjuangan kita. UMNO meminta kita bersatu bukannya UMNO meminta kita masuk Bersatu.

“Perikatan Nasional (PN) adalah perjanjian antara ahli- ahli Parlimen saja dan bukannya dari akar umbi. Kita hanya akan bersama PN sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya dalam Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Tambah Nor Fadzlete, sokongannya untuk menolak Bersatu tidak mengganggu pendiriannya untuk terus menolak DAP dan PKR.

“Puteri juga tidak mahu UMNO bekerjasama dengan dengan PKR dan DAP.

“Ia selaras dengan dengan ketetapan Presiden UMNO serta MajlisTertinggi sendiri yang tak akan melanggar dasar parti ‘No DAP No anwar’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN