Intipati mesyuarat MPT Bersatu tersebar palsu - Utusan Malaysia

Intipati mesyuarat MPT Bersatu tersebar palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan penyebaran maklumat berhubung intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada Khamis lalu melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, segala maklumat yang terkandung dalam sebaran tersebut adalah tidak benar dan palsu.

Malah, katanya, ia tidak mempunyai kaitan sama sekali terhadap mana-mana mesyuarat MPT yang telah berlangsung.

“Sehubungan itu, Bersatu akan membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu itu bagi menjejaki dalang di sebalik penyebarannya.

“Bersatu tidak teragak-agak untuk menggunakan semua lunas perundangan yang ada bagi melindungi kepentingan parti serta ahli parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat MPT yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu itu yang diadakan 4 Mac lalu bagi membincangkan mengenai pendirian parti berhubung dua keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Keputusan itu dinyatakan dalam surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu kepada Muhyiddin berhubung keputusan Mesyuarat MT UMNO itu pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.

Pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya