Insiden jejambat SUKE: Keluarga mangsa tunggu keputusan bedah siasat - Utusan Malaysia

Insiden jejambat SUKE: Keluarga mangsa tunggu keputusan bedah siasat

MASLINAWATI Abdullah (kanan) hadir di Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga seorang daripada mangsa maut akibat dihempap jejambat perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak dekat sini sedang menunggu keputusan ujian Covid-19 sebelum bedah siasat dapat dijalankan.

Maslinawati Abdullah, 43, iaitu kakak kepada Norhayati berkata, dia sedang menunggu panggilan daripada pihak hospital bagi melakukan pengecaman kali kedua.

“Saya baru pulang dari hospital kerana kini menunggu keputusan ujian Covid-19 yang mengambil masa agak lama. Jika negatif, proses bedah siasat akan dilakukan.

“Kemudian pihak hospital akan hubungi kami untuk proses pengecaman kali kedua dan barulah jenazah boleh dituntut untuk proses pengebumian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya