Geran RM141 juta kepada 1,227 usahawan - Utusan Malaysia

Geran RM141 juta kepada 1,227 usahawan

WAN Junaidi Tuanku Jaafar (tiga dari kanan) menerima cenderamata daripada Mohd. Izhar Ahmad ketika hadir pada majlis makan malam dan Sesi dialog awam bersama Persatuan Usahawan dan Dewan Perniagaan Negeri Johor, di Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensinya, SME Corp. telah meluluskan bantuan geran bernilai lebih RM141 juta kepada 1,227 usahawan bumiputera sehingga kini.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee berkata, pemberian geran di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera itu bertujuan meningkatkan daya saing golongan itu.

Katanya, SME Corp yang bertindak selaku agensi pelaksana bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pelbagai agensi berkaitan menyediakan bantuan dan sokongan teknikal kepada syarikat PKS bumiputera di seluruh negara. 

“Program yang dianjurkan SME Corp ini bertujuan meningkatkan daya saing PKS bumiputera menerusi bantuan bersepadu yang meliputi khidmat nasihat, bantuan teknikal, latihan dan sokongan kewangan.

“Bantuan kewangan yang disediakan dalam bentuk geran bertujuan untuk membantu syarikat PKS menjadi kompetitif dan berdaya saing di peringkat domestik dan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Awam bersama Persatuan Usahawan dan Dewan Perniagaan Negeri Johor di sini, malam tadi. 

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad.

Pada majlis tersebut, Wan Junaidi berkesempatan menyampaikan replika cek kepada 16 orang penerima geran BEEP bagi negeri Johor. =

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya