fbpx

21 April 2021, 3:59 am

  TERKINI

Biarpun berbaju biasa, murid tetap semangat

MOHD. Firdaus Nor Alauddin menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan Meru Raya di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang murid perempuan pra sekolah di sini tetap cerima memulakan hari pertama persekolahan pagi ini, walaupun berbaju biasa.

Murid berkenaan, Wafa Afifah Mohd. Firdaus tetap bersemangat ke sekolah dengan memakai baju kurung berwarna merah jambu ketika dihantar bapanya di Sekolah Kebangsaan Meru Raya di sini.

Menurut bapa murid itu, Mohd. Firdaus Nor Alauddin, 38, dia tidak sempat untuk membelikan baju sekolah anaknya.

Katanya, dia telah memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah dan akan membelikan baju sekolah anaknya dalam sehari dua lagi.

“Memang saya tak sempat nak membelikan baju sekolah, tambahan pula kereta saya rosak. Walaupun memakai baju biasa, anak saya tetap ceria dan bersemangat ke sekolah hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, anaknya itu tidak ‘meragam’ pada hari pertama persekolahan dan dia tidak perlu menunggu anaknya di luar pagar selepas anaknya masuk kelas.